Friday 6 May 2016

kisah hidup aku

Sedih juga lah bila kita berharap dengan benda yang tak pasti. Sebab kita dah membiasakan diri dengan meletakkan harapan yang tinggi dengan dia. Kadang kita sendiri tak faham dengan diri kita, walaupun dah banyak kali dilukai tapi still nak buat benda yang sama. Takpe lah biar tuhan saja yang faham apa yang kita rasa. aku selalu berdoa yang aku nak dapat orang yang betul2 memahami diri aku, dan aku yakin benda baik itu pasti akan datang cuma cepat atau lambat. Kadang menangis aku mengenangkan sikap manusia yang tak pandai menghargai apa yang diberi. Aku bukan lah mahu menagih simpati tapi sekurangnya hargailah apa yang aku pernah buat. Orang yang setia ini selalu hatinya terluka. Diri aku nie memang aku dah didik setia dengan orang dengan kawan2 terutamanya, dengan family atau saudara itu lain lah kan. Masalah dengan kawan2 nie daripada aku umur 3 tahun lagi sewaktu aku belum bersekolah sehingga lahh sekarang. Sahabat yang aku ada sekarang pun bukannya ramai 2 orang jee dekat kampong tuu, itu memang kawan dunia akhirat bagi aku. Dua2 baik, ibu dan ayah diorang pun baik sangat sampai anak-anaknya pun ikut juga perangai baik. Tapi bukan lah cerita mengenai 2 orang sahabat ini yang aku nak ketengahkan malam ini. Semangat yang aku ada sekarang ini pun tak tahu lah kadang2 naik kadang2 turun, aku kuat jika aku dekatkan diri dengan tuhan dan aku lemah jika aku lupa dengan tuhan dan khayal dengan apa yang ada disekeliling aku terutamanya kegembiraan yang kadang2 ada dan kadang2 tak ada. Boleh jadi diri aku ini pencinta dunia nak diikutkan tetapi iman yang membuatkan aku berfikiran matang dan mengalah dengan kehendak aku yang terbatas ini. Kadang aku menangis tak berhenti atas apa yang berlaku bila difikirkan semula tak guna aku merintih kasih daripada orang yang tak pandai menghargai nilai yang aku beri, lebih baik aku mendekatkan diri dengan tuhan. Kerana itu adalah lebih penting dari segalanya.

Tuesday 3 May 2016

Bila cerita pasal kehidupan ini dekat mana-mana pun kita pergi kita tak akan lari dari pelbagai masalah cuma kita jee kena tahu cara macam mana kita nak harungi masalah itu. Hari demi hari usia kita makin meningkat dewasa. Jika kita tak belajar dari apa yang kita dapat sampai bila-bila kita tak akan matang. Belajar lah dengan apa sekali musibah yang kita dapat semoga kita lebih bersedia dengan dugaan yang akan  datang, yang kita tak tahu dan tidak menjangka bila ianya akan berlaku.

Monday 2 May 2016

kita jadi manusia kadang2 kena terima benda yang kita tak nak

Macam mana nak main blog nie, someone tolong ajarkan? please!

LIFE: 2 Mei 2016: Hello Assalamualaikum jam sekarang men...

LIFE: 2 Mei 2016: Hello Assalamualaikum jam sekarang men...: 2 Mei 2016: Hello Assalamualaikum jam sekarang menunjukkan tepat pada pukul 4:55 petang, pada jam ini juga menunjukkan tepat saya create acc...
2 Mei 2016: Hello Assalamualaikum jam sekarang menunjukkan tepat pada pukul 4:55 petang, pada jam ini juga menunjukkan tepat saya create account blog ini. Just panggil saya ijat. Saya buka account blog ini untuk berkongsi kisah suka duka saya dan ingin memberi inspiration dekat semua pembaca.